“Sayang
mama jangan nakal-nakal tau. Cian kat
aunty Ila. Mama outstation tak lama dua hari jer ya sayang.” Sambil menunjukkan dua jari harap si anak
faham
“Ok
mama…tapi mama janji call Ameer tau kalau tak Ameer merajuk tak nak cakap ngan
mama. Sayang mama.” Si kecil segera mendakap si ibu dengan
erat. Kepetahan Ameer amat ketara
menyerlahkan kepintarannya berbanding usianya yang baharu lima tahun.
“Bijak, bijak kecik
kecik dah pandai ugut mama ya. Anak
siapalah ni.”
“Anak mamalah.” Ameer mencium pipi kiri dan kanan Ameera. Tubuh
Ameera masih dipeluk erat. Kesayuan
terpancar di wajah Ameera bila mengingatkan yang Ameer tidak pernah merasa
kasih sayang dari seorang yang bergelar ayah.
Dalam hati dia mengucapkan syukur kerana Ameer tidak pernah sekalipun
bertanyakan tentang siapa ayahnya.
Ameera membalas pelukan Ameer dengan penuh rasa kasih yang tidak
terbatas. Sekilas wajah itu terlayar di mindanya. Sukarnya menyingkirkan wajah itu.